- Berapakah kedalaman dan suhu? Cubalah Sonar Deeper untuk mendapatkan bacaan kedalaman dan suhu air di tempat itu dengan segera.
- Di mana perubahan kedalaman? Karau kembali Deeper anda untuk menentukan ciri-ciri yang disukai ikan Kap, seperti bonggol, lubang dan cerun di pinggiran.
- Apakah konsistensi dasar? Gunakan Deeper PRO, PRO+, PRO+ 2, CHIRP+ atau CHIRP+ 2 anda untuk menemukan sama ada dasar itu keras atau lembut, berbatu atau kelodak.
- Berapa banyak rumpai di lubuk anda? Sama ada anda menyasarkan kerapu di dalam kawasan berumpai atau mencuba untuk mengelakkan candat, Deeper PRO, PRO+, PRO+ 2, CHIRP+ atau CHIRP+ 2 anda akan menunjukkan kepada anda lokasi dan ketebalan rumpai laut.
- Adakah ikan Kap berminat? Dengan Sonar Deeper, anda juga boleh mencari ikan Kap itu sendiri. Oleh itu, jika anda telah menabur umpan di sesuatu kawasan, anda dapat memantau jika ikan tinggal di sana atau tidak.
- Laman Utama
- Jenis memancing dengan Sonar Deeper
-
Memancing Kap dengan Sonar Deeper

Memancing Kap dengan Sonar Deeper

Pilih Sonar Pintar Deeper Anda
Teknologi Pintar untuk Memancing Ikan Kap
Jarak lontaran besar

Deeper CHIRP+ 2 memiliki jarak lontaran 120 m dan PRO/PRO+/PRO+ 2 dan CHIRP+ memiliki jarak lontaran 100 m. Dengan pemerum gema Deeper, tidak ada tempat yang jauh dari jangkauan.
Pemetaan GPS

Deeper PRO+/PRO+ 2 dan CHIRP+/CHIRP+ 2 mempunyai GPS terbina dalam, yang bermakna anda boleh mencipta peta kontur di bawah permukaan air yang terperinci bagi mana-mana lokasi. Sekarang lokasi kegemaran anda telah dipetakan sehingga memilih tempat terbaik untuk mula memancing adalah mudah. Dengan ciri-ciri yang diminati ikan Kap ditunjukkan di peta anda, anda tidak akan membazir umpan dengan menabur di kawasan yang tidak produktif.
Ringan dan senang dilontar

Semua Sonar Deeper direka agar mudah dilontar, sesuai untuk joran spod dan joran aksi berat yang lain.Berat Deeper PRO dan PRO+ adalah hanya 100 g, berat Deeper PRO+ 2, CHIRP+ adalah hanya 90 g. Sonar kami diuji menggunakan monofilamen 2.7 kg, hingga tali sulam 9 kg. Jadi tali dan alatan yang digunakan untuk memancing menggunakan umpan, juga akan berfungsi dengan baik dengan Deeper anda.
Sambungan data yang lancar dan kukuh menggunakan Wi-Fi

Semua Sonar Deeper menggunakan Wi-Fi, bukan Bluetooth, untuk menyambung ke telefon pintar anda, memberikan pemindahan data yang sangat cepat dan sambungan yang kuat (harap maklum, ini tidak bermaksud anda memerlukan isyarat Wi-Fi atau internet di tempat anda memancing. Deeper menghantar isyarat Wi-Fi sendiri yang dikesan oleh telefon pintar anda).




Lihat Lebih Banyak, Ketahui Lebih Banyak dari Pesisir
Ketahui kedalaman mana-mana tempat dengan segera hanya dengan melontar - ia lebih cepat dan menyebabkan lebih sedikit gangguan daripada menggunakan penanda apungan/ 'marker float'. Karau Sonar Deeper anda dengan perlahan dan stabil untuk melihat bagaimana kedalaman berubah di tempat yang berlainan dan cari cerun dan bonggol di mana ikan Kap berkeliaran. Pilih mod paparan terperinci pada Aplikasi Fish Deeper jika anda ingin mengetahui konsistensi bahagian dasar. Paparan Aplikasi Fish Deeper juga akan menunjukkan kepada anda di mana ikan itu, maklumat berharga pada bulan-bulan musim sejuk ketika ikan Kap berkumpul di dalam air yang lebih dalam. Buat peta kontur bawah air yang terperinci.
Ketahui kedalaman mana-mana tempat dengan segera hanya dengan melontar - ia lebih cepat dan menyebabkan lebih sedikit gangguan daripada menggunakan penanda apungan/ 'marker float'.
Karau Sonar Deeper anda dengan perlahan dan stabil untuk melihat bagaimana kedalaman berubah di tempat yang berlainan dan cari cerun dan bonggol di mana ikan Kap berkeliaran.
Pilih mod paparan terperinci pada Aplikasi Fish Deeper jika anda ingin mengetahui konsistensi bahagian dasar.
Paparan Aplikasi Fish Deeper juga akan menunjukkan kepada anda di mana ikan itu, maklumat berharga pada bulan-bulan musim sejuk ketika ikan Kap berkumpul di dalam air yang lebih dalam.
Buat peta kontur bawah air yang terperinci.
Memancing dengan Deeper

1. Pasangkan dengan telefon atau tablet anda dalam beberapa saat

2. Lontar sejauh 100 m

3. Lihat ikan, kedalaman, struktur dan ciri secara langsung di telefon anda

4. Petakan lokasi anda (PRO+, PRO+ 2, CHIRP+ dan CHIRP+ 2)
Pilih Sonar Pintar Deeper Anda
Blog Kami
